Ahad, 21 Oktober 2012

OMEGA 3 FISH OIL HERBALIFE




KELEBIHAN MINYAK IKAN HERBALIFE: 
Gel lembut Omega mengandungi minyak ikan gred premium yang tidak berbau dan vitamin E. Gel lembut yang kecil ini mudah ditelan dan formulanya yang re­uks rendah tidak meninggalkan rasa ‘hanyir’ semasa penghadaman.

Ada 7 kebaikan Omega-3 Minyak ikan/ Fish Oil yang kita perlu ketahui.

1) Mengurangkan kesakitan dan keradangan: 
Asid Lemak Omega 3 terutama EPA mempunyai efek positif dalam mengurangkan keradangan. Melalui mekanisme tertentu ianya dalat meregulasikan kitaran peradangan sehingga dapat mencegah dan mengurangkan kesakitan seperti pada penyakit radang sendi, radang prostat dan radang-radang yang lain.

2) Menjaga Kesihatan Kardiovaskular: 
Omega 3 juga terbukti dapat membantu menjaga kesihatan kardiovaskular dengan cara menurunkan paras kolestrol dan menurunkan tekanan darah.

3) Mencegah serangan stroke dan serangan jantung: 
Apabila kolestrol berkumpul terlalu banyak di dinding salur darah sampai suatu masa ianya akan menyebabkan gumpalan kolestrol yang disebut Plak. Plak ini boleh terlepas dari dinding salur darah dan membentuk gumpalan darah yang dinamakan Klot. Klot inilah yang boleh bergerak kemana-mana saja sepanjang salur darah kita. Bila Klot ini tersumbat di salur darah otak kita panggil Stroke (Angin Ahmar) dan apabila Klot ini tersangkut di salur darah jantung ia mengakibatkan serangan jantung (Heart Attack). Kajian saintis telah membuktikan Omega 3 dari minyak ikan dapat memecahkan gumpalan klot sebelum klot ini menyumbat mana-mana saluran darah dalam badan kita.

4) Memperbaiki Fungsi Otak dan meningkatkan kecerdasan:
Wanita yang sedang hamil yang mengamalkan pengambilan minyak ikan akan membantu melahirkan anak-anak yang pintar dan cerdas melalui pembentukan saraf-saraf otak yang sempurna. Untuk orang dewasa pula minyak ikan dapat meningkatkan daya ingatan dan fokus.

5) Mengurangkan Depresi dan Psikosis: 
Peneliti dari Bahagian Psikiatri Universiti Sheffield dan juga beberapa penelitian yang lain telah menunjukkan supplement minyak ikan dapat membantu dalam pemulihan simptom-simptom depresi , bipolar dan psikosis. (Journal of Affective Disorder Vol. 48(2-3);149-55).

6) Menurunkan kadar insiden Gangguan Kesihatan Kanak-kanak / Childhood Disorder: 
Kajian telah menunjukkan kanak-kanak (termasuk orang dewasa ) dengan ADD (Attention Deficite Disorder) dan ADHD (Attention Deficit Hrperactive Disorder) mengalami peningkatan kualiti hidup dengan mengamalkan supplemen minyak ikan.

7) Menyokong kesihatan mata: 
Kajian juga telah membuktikan minyak ikan membantu dalam mengurangkan simptom kekeringan mata dan memperlambat penyakit degenerasi makula (Macula Degeneration)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan